Ultimate Solution

Pendidikan Falsafah Barat Siri 1Egalitarianisme, Libertarianisme dan Femisnisme

RM28.00

Category:

SYNOPSIS
Siri pertama ini memuatkan perbincangan tiga ahli falsafah kontemporari terkemuka dalam kalangan falsafah aliran analitik. Tiga mereka ialah John Rawls, Robert Nozick dan Susan Orkin.  Sekurang-kurangnya ada tiga panduan penting untuk membolehkan seseorang itu memahami ilmu falsafah seperti falsafah politik ini. Falsafah Barat kontemporari telah terpecah kepada tiga aliran besar, iaitu analitik, pragmatik dan kontinental. Analitik adalah aliran saintifik yang percaya bahawa fenomena kegiatan manusia boleh dianalisis secara empirikal dan sistematik. Aliran kontinental berpandukan analisis mereka kepada pengalaman tokoh-tokoh tertentu berdasarkan inspirasi yang mereka terima, baik daripada sumber alam nyata mahupun sumber alam ghaib. Aliran pragmatik lebih menumpukan analisisnya terhadap faedah masa depan yang boleh diperolehi oleh masyarakat daripada hasil analisisnya. Buku Pendidikan Falsafah Barat Siri 1 ini menonjolkan tiga orang ahli falsafah dalam kalangan aliran analitik. Konsep deontologi dan teleologi dan kaitannya dengan metafizik Konsep ini menerangkan adanya hukum alam (natural law) yang mesti dipatuhi oleh manusia bagi mencapai kehidupan yang bahagia. Deontologi menerangkan bahawa masyarakat yang mengikut hukum alam yang telah ditentukan oleh ahli falsafah adalah masyarakat yang patuh kepada hukum alam berkenaan, demikian itu mereka sebenarnya hidup dalam kebenaran dan kebahagiaan yang mutlak. Teleologi adalah konsep yang menerangkan masyarakat perlu berdiskusi sesama mereka untuk merealisasikan matlamat hidup berasaskan hukum alam yang ditemui hasil daripada diskusi itu. Hukum alam mempunyai dua dimensi: pertama, dimensi wahyu daripada Tuhan manakala yang kedua, juga daripada Tuhan, yang diwujudkan secara semulajadi, tidak melalui wahyu. Perbincangan hukum alam ini hanya dapat difahami secara mengaitkannya dengan konsep metafizik (alam ghaib). Terdapat kepercayaan yang kuat bahawa dunia yang tidak dapat dilihat atau digapai oleh pancaindera, iaitu dunia metafizik, wujud. Dunia nyata ini dipengaruhi oleh peraturan yang diputuskan di dalam alam ghaib berkenaan. Satu kaedah memahami ilmu falsafah adalah dengan memahami apakah idea penting ahli falsafah dan bagaimanakah mereka menghasilkan idea berkenaan. Dengan memahami sejarah kehidupan tokoh-tokoh falsafah tertentu, seseorang akan dapat maklumat tambahan mengenai idea dan metode yang digunakan oleh
Tajuk: Egalitarianisme Libertarianisme Dan Feminisme
ISBN: 9789672440109
Diterbit oleh: Firdaus Press Publications
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 85
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendidikan Falsafah Barat Siri 1Egalitarianisme, Libertarianisme dan Femisnisme”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top